PSK:TAHUN 5-AKTIVITI 1E

TAHUN 5 TEMA 1: SAYANGI DIRI TAJUK: BERADAB DI TEMPAT IBADAT Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. menyenaraikan peraturan di tempat ibadat 2. berinteraksi secara sopan semasa berada di tempat ibadat 3. menghormati tempat ibadat NOTA: 1. Kita perlu mematuhi dan menghormati tempat ibadat kerana: i) merupakan tuntutan agama masing-masing ii) supaya tidak mengganggu individu yang sedang beribadat iii) ia mencerminkan tingkahlaku terpuji 2. Contoh tempat ibadat: i) Masjid - untuk penganut Islam ii) Tokong - untuk penganut Buddha iii) Kuil - untuk penganut Hindu iv) Gereja - untuk penganut Kristian v) Gurdwara - untuk kaum Sikh 3. Contoh aktiviti yang dijalankan di tempat ibadat ialah: i) masjid - sembahyang/solat , kelas agama , ceramah agama , upacara akad nikah , mengaji al-quran ii) tokong - sembahyang , majlis perkahwinan , Sunday School iii) kuil - majlis perkahwinan , kelas Thewaram , ceramah agama iv) gereja - sembahyang , majlis perkahwinan , Sunday Class . 4. Peraturan di Gurdwara: - membuka kasut sebelum masuk ke Gurdwara - berpakaian sopan dan menutup kepala semasa berada di tempat ibadat - sujud pada 'Guru Granth Sahib' apabila masuk dan sebelum keluar - membersihkan tangan sebelum memegang 'Guru Granth Sahib' - Hanya makanan vegetarian dibenarkan dibawa masuk ke Gurdwara. JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS