PSK:TAHUN 4-UNIT 8-MERCU TANDA MALAYSIA -MENARA KUALA LUMPUR

MERCU TANDA MALAYSIA MENARA KUALA LUMPUR
Siapa yang berkunjung ke Kuala Lumpur pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat Menara Kuala Lumpur yang merupakan menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia . Dengan ketinggian 421 meter , Menara Kuala Lumpur berdiri megah di atas Bukit Nanas di Jalan Puncak serta dapat dilihat dengan begitu jelas bagi para pengunjung yang datang ke ibu kota . Tidak sekadar menara , Menara Kuala Lumpur telah dibina bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu telekomunikasi dan penyiaran negara serta sebagai simbol pembangunan negara khususnya di bandar raya Kuala Lumpur . Apatah lagi paad masa tersebut masih belum banyak lagi terdapat bangunan pencakar langit seperti hari ini . Kerja-kerja pembinaan pada Menara Kuala Lumpur mulai Julai 1992 dan menara ini siap dibina pada Mei 1996 serta dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 1996 . Bekas Perdana Menteri Keempat , Tun Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan pelancarannya pada 1 Oktober 1996 . sejak itulah , Menara Kuala Lumpur menjadi tumpuan ribuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana mereka dibenarkan naik hingga ke pelantar atas untuk tujuan mengambil gambar . Pelbagai acara berbentuk sukan dan kebudayaan juga kerap diadakan di menara ini . Kos pembinaan menara berprestij ini menelan perbelanjaan RM270 juta dan kini dikendalikan oleh sebuah syarikat yang dikenali Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd. Tahap keselamatan pengunjung ke Menara Kuala Lumpur adalah terjamin kerana Menara Kuala Lumpur dikatakan dapat menahan kelajuan angin selaju 90km/jam selain menghalang kesan gegaran akibat gempa bumi . Seni bina Isfahan Iran pada menara ini juga menjadikan bentuknya begitu unik . DAYA TARIKAN : Menara Kuala Lumpur terbahagi kepada beberapa bahagian . Pada tapak asas Menara Kuala Lumpur terdapat dua aras bawah tanah yang menempatkan peralatan dan kelengkapan perkhidmatan . Bahagian puncak pula merangkumi enam tingkat yang terdapat restoran berputar , pelantar peninjau , teater , kedai cenderamata dan peralatan teknikal untuk kegunaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Telekom Malaysia . Tumpuan para pelawat pastinya pada bahagian pelantar peninjau , pada ketinggian 276 meter dari paras bumi , yang mana pengunjung berpeluang melihat panorama indah bandar raya Kuala Lumpur . Bagi keselesaan dan keselamatan para pengunjung , pihak Menara Kuala Lumpur membenarkan hanya 200 orang pengunjung sahaja berada di kawasan pelantar peninjau setiap satu jam .

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS