PSK:TAHUN 4-UNIT 5

TAHUN 4 TEMA 4:KENALI BUDAYA MALAYSIA UNIT 5: KENALI DAN APRESIASI WARISAN BUDAYA MALAYSIA Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini , murid dapat: 1. mengenal pasti pelbagai warisan budaya Malaysia 2. mengekalkan warisan budaya Malaysia 3. berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia NOTA: 1. Negara kita kaya dengan warisan budaya pelbagai kaum . 2. Kita mesti mengekalkan warisan budaya yang istimewa dan unik ini . 3. Cara untuk mengekalkan warisan budaya seperti : a) memakai pakaian tradisional sebagai pakaian harian b) memakai pakaian tradisional semasa hari kebesaran seperti Hari Raya , Tahun Baru Cina , Deepavali , Hari Gawai , dan Pesta Keamatan . c) memakai pakaian tradisional semasa menghadiri majlis rasmi dan perkahwinan d) menyediakan makanan tradisional sebagai juadah harian , semasa hari kebesaran dan majlis rasmi . e) memberitahu rakan pena di luar negara tentang keistimewaan pakaian dan makanan tradisional masyarakat Malaysia . 4. Kita perlu mengekalkan warisan budaya kita kerana : a) ia telah diwarisi daripada nenek moyang sejak dahulu lagi . b) menjadi identiti rakyat Malaysia c) warisan ini sungguh berharga dan menjadi kebanggaan kita , rakyat Malaysia . JURULATIH UTAMA PSK NEGERI JOHOR PANEL PERUNDING MODUL PSK NEGERI JOHOR

LAGU PATRIOTIK

ADAT RESAM - KELAHIRAN ANAK

TAHUN 4 - UNIT 7 - LAGU NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - SEJARAH NEGERI

TAHUN 4 - UNIT 7 - TEMPAT MENARIK DI JOHOR

TAHUN 5 - UNIT 6 - ADAT RESAM - LAWATAN DAN KUNJUNGAN

TAHUN 5 - UNIT 7

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM SIKH

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN KAUM BAJAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MURUT

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

TAHUN 5 - UNIT 7 - TARIAN TRADISIONAL KETURUNAN PORTUGIS