HARI MEMBUKA LADANG BARU
Berladang merupakan tugas utama yang mesti dikerjakan oleh Orang-orang Asli kerana berladang ialah punca pendapatan mereka . Tiap - tiap tahun mereka membuka ladang baru . Mengikut kepercayaan Orang-orang Asli , setiap hutan yang tebal , gaung , bukit , batu besar dan anak sungai ada keramat penunggunya . Untuk mengelakkan segala bencana ke atas diri mereka oleh keramat - keramat penunggu di tapak ladang mereka nanti , Orang-orang Asli yang akan berladang itu mengadakan kenduri secara besar - besaran sebagai menjamu penunggu - penunggu yang ada di daerah itu . Kenduri ini biasanya dirasmikan oleh sewang dan pawang yang akan mengasap kemenyan di tanah ladang tersebut .