ADAT RESAM
KELAHIRAN ANAK
KAUM CINA
Bagi orang-orang Cina , kelahiran anak juga merupakan satu peristiwa penting . Ibu-ibu kaum Cina sangat mengambil berat terhadap diri mereka sendiri sebelum melahirkan anak . Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung . Misalnya , di dalam bilik ibu , perabot tidak boleh diubah-ubah , terutamanya katil . Memaku di dinding dalam rumah tidak dibenarkan sama sekali .
Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat terutamanya (terkejut dan terpengaruh) dengan benda-benda yang tidak baik . Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira sebulan selepas bersalin .
Seperti orang Melayu , orang Cina tidak suka bayi yang kecil dipuji 'berat bandannya'. Sebaliknya , kata-kata pujian seperti 'gemuk' dapat diterima.
Kelahiran seseorang anak biasanya dirayakan apabila ia berumur sebulan . Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan oleh bayi. Hadiah-hadiah itu dibungkus dalam kertas merah . Setengah keluarga merayakan bagi kali keduanya apabila anak itu berumur satu tahun .
SUMBER:
RESAM MUHIBBAH MASYARAKAT MALAYSIA
LEMBAGA PERPADUAN MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI